“Orang bod0h saja akan cari saya dan tanya soalan tentang agama”- PU Rahmat sind1r lelaki bertopi Sekali Caprice bersuara tuntut penjelasan

TINDAKAN Pencetus Ummah (PU) Rahmat memuat naik karikatur berhubung gambaran situasi kaedah mendapat ilmu agama pada masa ini menimbulkan pertika1an dalam kalangan netizen.

Karikatur itu jelas menunjukkan bahawa masyarakat lebih suka mendapatkan rujukan berkaitan agama kepada selebriti media sosial berbanding golongan agamawan.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang penyanyi rap Caprice apabila dia dikaitkan sebagai selebriti media sosial dalam karikatur berkenaan berdasarkan cara pemakaiannya yang sering mengenakan topi.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi semula paparan skrin foto tersebut di Instagram dan meminta penjelasan daripada PU Rahmat berkaitan perkara itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam @pu_rahmat_official u think that sharing this photo is funny? Ramai orang tag / dm caprice gambar ni. Mamat yang pakai hoodie + topi tu caprice ke? Nak tanya, sejak bila orang tanya caprice soalan tentang agama? Tolong screenshot and bukti sape yang pernah tanya caprice soalan tentang agama? . . Orang bodoh je akan cari caprice dan tanya soalan2 tentang agama. Maaf ceq tak cukup ilmu. Tapi hang tau tak sapa bina apps untuk kasi orang lagi senang cari ustaz? . . Sape bina mengaji.com untuk orang belajar mengaji dan ikut ustaz2? . . Sape bina IslamPro untuk kita book + cari ustaz untuk belajar mengaji, ceramah, berubat secara islam, atau kaunseling islamic? . . Mamat yang pakai hoodie tu. . . Kita dah lama bina dan berjuang untuk anak muda kita cari ilmu + ustaz. #rapatkansaf2040 . . . Xpe, kalau caprice kurang ilmu agama caprice sendiri akan cari guru2 yang lagi pakar (swipe left) . . Hang dari dulu butthurt dgn caprice sebab ceq tak pernah cari hang kot? . . Kalau butt hurt sangat ceq nak pesan sapu minyak cap kapak dekat buntut sambil zikir InsyaAllah hang tido dgn tenang. . . P.S- kalau ade masa PU, boleh tak bagi tahu kepada public sape INFLUENCER Instagram tersebut secara jelas? Sebab ceq nak jemput dia untuk rapatkansaf balik dgn ustaz dan mufti.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Caprice turut memuat naik aplikasi yang dicipta untuk memudahkan orang ramai cari ustaz.

“PU Rahmat, anda rasa dengan berkongsi foto ini adalah kelakar? Ramai orang tag dan DM saya gambar ini.

“Mamat yang pakai hoodie dan topi itu Caprice ke? Nak tanya, sejak bila orang tanya saya soalan tentang agama?

“Orang bod0h saja akan cari saya dan tanya soalan-soalan tentang agama, ” tulis Caprice.

Dalam pada itu menurut Caprice, sungguhpun tiada kelayakan dalam bidang agama namun dia menggunakan ilmu untuk membangunkan aplikasi yang memudahkan orang ramai mendapatkan penjelasan berhubung Islam.

“Maaf saya tak cukup ilmu tapi anda tahu tak, siapa bina aplikasi untuk beri orang lagi senang cari ustaz?

“Siapa bina mengaji.com untuk orang belajar mengaji dan ikut ustaz? Siapa bina IslamPro untuk kita book dan cari ustaz untuk belajar mengaji, ceramah, berubat secara Islam atau kaunseling Islamik?

“Mamat yang pakai hoodie itu. Kita dah lama bina dan berjuang untuk anak muda kita cari ilmu dan ustaz. #Rapatkansaf2040,” katanya.

Tak apa, kalau kurang ilmu agama, saya sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Caprice sebelum ini dikenali tentang perkongsiannya berkaitan isu semasa menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Pada Ahad lalu, sesi IG Live Caprice bersama penyanyi Fynn Jamal yang berdebat mengenai isu jen4yah rog0l juga mendapat perhatian netizen.

Caprice sebelum ini dikenali tentang perkongsiannya berkaitan isu semasa menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Video debat antara Caprice dan Fynn mendapat perhatian netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bal ini memberitahu dia akan mencari guru yang lebih pakar sekiranya ingin mengetahui lanjut mengenai agama.

“Tak apa, kalau saya kurang ilmu agama, saya sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar. Anda dari dulu but*** dengan saya sebab saya tak pernah cari anda kut?

“Kalau bu** hurt sangat saya nak pesan sapu minyak cap kapak dekat buntvt sambil zikir InsyaAllah anda tidur dengan tenang.

“Kalau ada masa PU, boleh tak beritahu kepada umum siapa Influencer Instagram tersebut secara jelas?

“Sebab saya nak jemput dia untuk rapatkansaf balik dengan ustaz dan mufti,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "“Orang bod0h saja akan cari saya dan tanya soalan tentang agama”- PU Rahmat sind1r lelaki bertopi Sekali Caprice bersuara tuntut penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*