Emma Maembong Tertukar Suami?

Pelakon Emma Maembong seringkali memuat naik perkembangan kerjaya dilaman Instagram malah dia juga sporting berkongsikan momen sweet bersama suami, Muhammad Shazli kepada peminat.

Ternyata, Instagram suami selebriti ini juga menjadi perhatian warganet dimana dia mempunyai lebih 170,000 followers dan sering memuat naik foto bersama di laman sosial berkenaan yang turut meraih perhatian dengan menerima ribuan tanda suka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @shazli.a on

Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka perkongsian foto terbaru Shazli di Instagram menjadi buah mulut warganet apabila dapat melihat wajah kembar suami kepada selebriti ini.

Malah, warganet juga menyangka bahawa suami Emma Maembong ini mengedit foto berkenaan kerana melihat dua orang yang memiliki banyak persamaan.

Namun begitu, sebelum ini pernah tular mengenai hal itu apabila Emma Maembong ada mendedahkan bahawa suami yang berusia 32 tahun ini memiliki saudara lelaki kembar. Jadi tidak mustahillah, warganet dapat melihat seseorang yang sama dengan suami pelakon berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Have a good day 😉 @shaznin.a

A post shared by @ shazli.a on

Di ruangan komen, rupa-rupanya masih ada yang tidak tahu bahawa suami kepada Emma Maembong ini memiliki kembar malah foto dikongsikan juga membuatkan orang ramai tidak dapat membezakan yang mana satu suami pelakon tersebut.

KOMEN NETIZEN :

Jgn Emma trtukar husben dah la😅🤗nk sama ja ni😂

Klu sama sgt mcmni silap2 tertukar suami.. ❌

Wah power edit muka kasi 2 sekali mantap bang

Eh kenapa muka sama photo edit ke 🤣

Mna satu husband emmm ??? Muka Sama je 😅

Sumber : Instagram Shazli, HCL

 

Be the first to comment on "Emma Maembong Tertukar Suami?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*