Men4kutkan! Penampilan Shiha Zikir Dikec4m Netizen Gara2 Ini

TAMPIL dengan imej berbeza dalam video teaser single baharu berjudul AEWO, penyanyi Shiha Zikir menerima pelbagai reaksi netizen.

Shiha atau nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir, 33, berkata, rata-rata pengguna laman sosial membuat andaian tanpa mengetahui sebab sebenar dia membawa imej sedemikian.

“Bila orang tengok apa yang saya kongsikan sekarang di Instagram, ia bukan seperti imej saya sebelum ini.

Shiha tak mahu peminat membuat andaian melulu.

“Jadi, orang dah fikir bukan-bukan. Sebab tu saya tak nak komen panjang pasal benda ni kerana bagi saya orang yang kec4m ni selalunya bercakap sebelum tengok. Saya mahu netizen tengok dulu video muzik itu.

“Selepas video itu dilancarkan, segala penerimaan dan komen daripada mereka saya akan terima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shiha menjelaskan tindakannya memadam semua foto sebelum ini berikutan mahu peminatnya hanya fokus kepada lagu tersebut.

Penyanyi lagu Pipiyama ini berharap lagu yang menampilkan penyanyi rap Noki dari kumpulan K-Clique akan mendapat penerimaan yang baik dari pendengar.

Shiha berharap peminat terima imej untuk konsep lagu baharunya.

“Saya tak nak orang tengok benda-benda yang saya pernah kongsi sebelum ini. Saya cuma nak mereka fokus pada single baharu saya. Jadi saya harap mereka akan peka dan terima la kelainan ni.

“Kenapa mereka boleh terima artis luar, tapi tidak penyanyi tempatan?” ujarnya.

Video muzik rasmi AEWO bakal dilancarkan di YouTube pada Rabu ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Men4kutkan! Penampilan Shiha Zikir Dikec4m Netizen Gara2 Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*