Neelofa Bersuara Cara Sharnaaz Jaga Anak

PENGACARA terkenal, Neelofa menyifatkan bekas abang iparnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sebagai bapa bertanggungjawab terhadap anak hasil perkongsian hidup dengan kakaknya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.

Neelofa berkata, Sharnaaz mengorb4nkan masa hampir setiap hari untuk berjumpa dan bersama Jebat dan perkara itu perlu dijadikan contoh oleh pasangan yang melalui pengalaman sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Keeping it matte #LancômeMY

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Ke3s mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua. Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan.

“Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi ‘co-parenting’. Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korb4nkan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak.

“Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang bercerai ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa. Sebab saya juga adalah dari keluarga yang bercer4i yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

“Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak  macam itu dengan kerap bukan mudah. Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai. Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan bercer4i, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan,” katanya.

Ditanya sejauh mana hubungan dengan pelakon filem Juv4na itu, Neelofa yang baru muncul dengan program Next To Neelofa berkata, dia mahu menjadi neutral sahaja.

“Kalau boleh tak nak masuk campur. Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan ‘co parenting’ elok-elok, itu sudah cukup bagi saya.

“Tak perlulah saya nak menjadi kawan baik atau msuh. Saya hanya menjadi neutral saja, itu lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz Noor Nabila sah bercer4i pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Neelofa Bersuara Cara Sharnaaz Jaga Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*