Dulu Pernah Dikaitkan Dgn Usop, Kini Balqis (Mentor) Sudah Bercer4i

IKATAN perkahwinan penyanyi yang juga bekas peserta program Mentor Milenia 2017, Ratu Balqis dan suami, Mohd Hakimi Ikmal Mohamad Rahim berakhir apabila pasangan ini sah bercer4i awal tahun ini.

Menurut Balqis atau Nor Balqis Ahmad Tajudin, 21, rumah tangga yang dibina selama dua tahun itu musnah selepas kedua-duanya tiada lagi persefahaman dan memilih untuk membawa haluan sendiri.

Lebih menyayat hati, dia terpaksa berpisah jauh dengan anak tersayang, Mohd Hamka Iman kerana hak jagaan sementara anak diberikan kepada bekas suami.

“Biasalah dalam alam perkahwinan pasti ada ujian… saya anggap jodoh kami tak panjang. Punca kami bercerai tak dapat saya nak kongsikan, cuma apa yang boleh dikatakan mungkin sudah tiada persefahaman.

“Sepanjang hampir dua tahun melayari alam perkahwinan itu tipulah kalau kata tak bahagia sebab kami dah ada anak bersama tapi nak kekalkan perkahwinan bukan perkara mudah.

“Cumanya apa yang menyedihkan saya terpaksa berjauhan dengan anak yang kini berusia hampir dua tahun dan sedang berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak itu,” katanya kepada mStar.

Balqis rindu anak lelakinya yang kini bersama bekas suami.

Bekas protege kepada penyanyi Hazama ini membuat pendedahan mengenai status rumah tangganya itu ketika hadir di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Balqis berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Hakimi di Kuala Terengganu, Terengganu pada 30 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Pasangan ini sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Terengganu pada Februari lalu.

 

Hati saya kosong apabila anak tiada depan mata, membesar dari jauh! Tengok orang lain bawa anak, kita cuma dapat bayangkan sahaja.

BALQIS

PENYANYI

Perkahwinan mereka mendapat liputan meluas media kerana Balqis yang ketika itu berusia 18 tahun mengambil keputusan menamatkan zaman bujang selepas beberapa bulan menyertai program realiti nyanyian tersebut.

Hampir empat bulan tidak bertemu anak tersayang, Balqis berkata emosinya sedikit terganggu sehingga tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi mengenai situasinya pada ketika ini.

“Bekas suami dapat hak jagaan sementara anak… dia (bekas suami) beritahu kalau nak jumpa anak cuma boleh bertemu di rumah dia sahaja. Saya pernah terserempak dengan anak di luar tetapi tak boleh jumpa sebab bukan di rumahnya, jadi hanya mampu tengok dari jauh.

Balqis akui terlalu merindui anaknya.

“Hati saya kosong apabila anak tiada depan mata, membesar dari jauh! Tengok orang lain bawa anak, kita cuma dapat bayangkan sahaja. Saya hanya mampu tengok anak membesar dengan orang, dia pun tak kenal siapa ibu dia.

“Sejujurnya dalam hati saya terlalu rindu nak jumpa… nak peluk dan cium anak! Cumanya sekarang masa untuk berjumpa itu susah kerana dia di Terengganu dan saya di Kuantan, Pahang. Saya cuma mampu berdoa semoga Hamka dapat bersama saya semula,” ujarnya.

Dalam pada itu, Balqis berkata dia tidak pernah menyesal berkahwin pada usia muda dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah tersendiri.

Balqis mahu bergiat aktif dalam bidang nyanyian.

“Saya tak pernah menyesal kahwin muda… saya percaya ada hikmah semua ini! Sepanjang dua tahun melayari alam perkahwinan banyak mengajar saya tentang kehidupan.

“Semasa awal-awal percer4ian, saya tak kuat. Tetapi disebabkan masih ada keluarga, saya kuat kerana mereka.

“Sekarang ini pun saya sudah ada kerja tetap dan hanya fokus dengan kerja. Saya tak menyesal kahwin muda kerana saya dapat memenuhi permintaan arwah bapa!,” katanya.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Dulu Pernah Dikaitkan Dgn Usop, Kini Balqis (Mentor) Sudah Bercer4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*