Kongsi Petikan Cur4ng, Puteri Sarah Beri Bayangan Punca Rumah Tangga Berantakan?

Hingga kini masih belum mengetahui situasi sebenar rumah tangga pasangan selebriti antara aktres Puteri Sarah Liyana dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Puteri Sarah, 34, seakan memberi bayangan punca berlakunya pergolakan apabila berkongsi petikan berkaitan dengan cur4ng.

“Cur4ng adalah pilihan. Bukan kesalahan. Cur4ng ni perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa ‘lock’ phone, kena fikir ayat untuk tipu.

“Terlalu susah untuk cur4ng. Lebih baik setia,” kongsinya di Instagram Stories semalam.

Dalam pada itu, menerusi posting yang berbeza Puteri Sarah berharap agar tahun 2021 akan memberi kebahagian terhadap dirinya dan anak-anak.

“Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak.

“Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik…Insya-Allah,” tulisnya.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut berkongsi lokasi kedudukannya yang berada di Ipoh, Perak.

Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian und4ng-und4ng keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Be the first to comment on "Kongsi Petikan Cur4ng, Puteri Sarah Beri Bayangan Punca Rumah Tangga Berantakan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*