Emosi terganggv ketika PKP, Hafreez Adam bawa ibu tinggal bersama – “Cukuplah tiga bulan tak jumpa mereka”

B1MBANG jika kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia, pelakon Hafreez Adam mengambil langkah segera dengan membawa keluarga yang menetap di Wangsa Maju tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.

Menurut Hafreez, 30, pengalaman tinggal berasingan dengan keluarga selama tiga bulan pada Mac lalu membuatkan em0sinya sedikit terganggv memikirkan keselamatan keluarga terutama ibu tersayang.

“Sebelum ini saya memang tinggal sendirian tapi sekarang saya dah bawa ibu dan adik-beradik yang lain tinggal sekali bersama saya.

“Saya tak mahu lagi berpisah dengan keluarga. cukuplah tiga bulan kami tak jumpa gara-gara PKP pada Mac lalu.

Hafreez tak sanggup berpisah dengan ibu tersayang.

“Jadi saya tak nak perkara itu berlaku lagi dan kalau PKP dilaksanakan semula saya sudah bersama keluarga. Kalau sebelum penuIaran Covid-19 ini seminggu sekali saya tetap balik bertemu keluarga,” katanya.

Sementara itu, pelakon drama Monalisa ini memberitahu dia bermuhasabah diri sepanjang tempoh tiga bulan PKP lalu sehingga menyedari banyak melakukan kesalahan kepada orang sekelilingnya.

“Saya habiskan masa di rumah… muhasabah diri serta melihat kembali kehidupan saya yang dulu.

“Saya mula sedar sepanjang saya bekerja dulu terlalu sibuk sampaikan saya tiada masa untuk semua orang termasuklah bekas pasangan saya yang dulu. Malah, ketika kawan-kawan baik memerlukan pun saya tiada.

“Saya mula sedar kesiIapan diri itu dan sedang fokus dalam memperbaiki hubungan dengan kawan-kawan. Saya akui sebagai manusia saya melakukan kesiIapan ini,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Emosi terganggv ketika PKP, Hafreez Adam bawa ibu tinggal bersama – “Cukuplah tiga bulan tak jumpa mereka”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*