Kesal ditudvh ‘demand’, Adi Putra jelaskan letak bayaran tinggi sebab nak bantu orang susah – “Rezeki ini bukan untuk saya tapi untuk rakyat”

PELAKON Datuk Adi Putra kesaI dan terkiIan apabila tawaran lakonan ditarik balik selepas dia meminta sejumlah bayaran yang agak tinggi.

Menurut Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 39, dia mempunyai sebab tertentu meletakkan harga sedemikian kerana niatnya ingin menggunakan wang tersebut membantu mereka yang memerlukan.

“Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai… lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand.

“Kenapa saya buat begitu? Kerana niat saya nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya.

“Mungkin bukan rezeki mereka yang saya nak bantu, sebab pihak berkenaan tak memahami saya,” katanya menerusi foto kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram pada Isnin.

Adi kongsi luahan di laman Instagram.

Sementara itu, pelakon drama Bicara Cinta ini berkata tidak salah untuk dia meletakkan harga yang tinggi kerana dia yakin mampu memberikan hasil kerja yang baik.

“Tapi tak salahkan letak gaji tinggi kerana mampu memberi kualiti. Ada pihak yang faham ada yang tidak. InsyaAllah ada rezeki tak kemana.

“Rezeki ini bukan untuk saya, ini rezeki rakyat. Saya bukan bercakap fasal bayaran, ini untuk orang yang memerlukan.

“Siapa yang komen negatif sebelum ini… semoga Allah memberkati dan merahmati anda,” ujarnya.

Adi mahu bantu orang susah yang memerlukan.

Sementara itu, rata-rata pengikut memuji tindakan Adi dan memintanya terus bersabar dalam meneruskan niat murni itu.

Namun ada juga pengikut yang meminta Adi menerima tawaran tersebut meskipun bayarannya rendah kerana niat bersedekah itu tiada nilainya.

“Tak salah… bayaran setimpal dengan kualiti dan masa yang diambil dalam hidup kita.

“Apa gila Shah Rukh Khan Malaysia dapat bayaran rendah? Dia orang ni bvta hati dan bvta kayu betullah!

“Letak harga tinggi sebab nak bersedekah? Kalau harga yang biasa pun boleh saja nak bersedekah… ni terus apa pun tak dapat, tak ada rezekilah tu,” komen pengikut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Kesal ditudvh ‘demand’, Adi Putra jelaskan letak bayaran tinggi sebab nak bantu orang susah – “Rezeki ini bukan untuk saya tapi untuk rakyat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*