Tak mahu buang masa bercinta

SIRI drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu menemukan mereka dalam lakonan.

Lima bulan di lokasi drama ini, turut menimbulkan keserasian mesra di antara dua pelakon utamanya iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Justeru apabila digandingkan lagi menerusi drama Perempuan Tanpa D0sa (PTD), ia terus menjadi fen0mena di kalangan peminat mereka.

Ramai yang suka dengan gandingan pasangan sejoli ini. Ditambah lagi, dengan cerita belakang tabir berkenaan ke1ntiman hubungan kedua-duanya, membuatkan peminat mahu melihat mereka ke jenjang pelamin.

Kamal, 34, ternyata tidak melatah dan terbuka apabila diusik dengan persoalan ini.

“Yang mendoakan saya agar berjodoh dengan Uqasha, diucapkan terima kasih dan alhamdulillah.

“Sebelum ini saya memang rapat dengan ramai artis wanita, tapi tak bermakna kami bercinta. Begitu juga dengan dia.

“Sebelum ini untuk drama Setelah Terlafaznya Akad dan baru-baru ini, PTD (Perempuan Tanpa D0sa) pula kami ‘shooting’ selama tiga bulan di Kuantan dan Terengganu, ia sama sekali buatkan kami lebih rapat.

STRES jadi jadi suami pemarah terhadap isteri dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.

“Namun saya tak menidakkan, jika ada jodoh dengan dia, saya terima. Kalau ada jodoh oklah,” katanya tenang.

Pernah melalui sisi kekecew4an dalam hidup, Kamal mengakui tidak mahu mempersiakan masa dengan fasa bercinta namun, kesudahannya h4mpa.

“Sekarang kalau dah ada pasangan yang sesuai, saya tak nak buang masa bercinta bagai. Rasa suka sahaja, terus kahwin.

“Perkara yang lalu biarlah berlalu dan saya anggap tiada jodoh. Tak perlulah, dikenang lagi,” katanya.

Tidak terkecuali pasangan ini turut diusik oleh Michael sendiri apabila pengarah terbabit memuat naik video di Instagram bertanyakan kesahihan g0sip yang mengatakan mereka sudah menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini.

Kamal menafikannya dan menganggap sekadar gurauan semata-mata.

“Dia sengaja buat cerita dan benda ini tak betul. Takkanlah waktu shooting kami sempat nak pergi.

“Lagipun dalam keadaan Covid-19 ini, mana ada kursus kahwin dianjurkan. Jangan percaya. Dia hanya bergurau.

“Sebenarnya, sekarang pun saya tak boleh fikir apa-apa dengan Covid-19 yang masih membelenggu kita. Saya bersyukur kerana masih ada peluang untuk terbabit penggambaran dan ada pendapatan,” katanya.

KAMAL dan Uqasha sekali lagi digandingkan dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.

Sama ada persediaan masa depan atau sebaliknya, Kamal dan Uqasha kini bekerjasama mengusahakan perniagaan biskut yang dinamakan ‘Crime Bites’.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat baik. Daripada satu perisa dah berkembang jadi dua.

“Ia dikira pendapatan sambilan kami. Ada rezeki, ada jodoh ia akan diteruskan,” katanya yang mengvndang maksud tersembunyi.

Bercerita mengenai drama PTD, Kamal mengakui tidak menyangka akan diterima peminat dengan baik.

“Jalan ceritanya serius dan apabila dapat sambutan begini, saya amat bersyukur. Kami digandingkan lagi apabila drama Setelah Terlafaznya Akad dapat sambutan h4ngat.

“Saya juga serasi kerja dengan Michael. Dia juga tahu apa watak yang sesuai untuk saya. Karakter saya lain, garang dan asyik tengking isteri.

“Saya str3s kena jadi suami yang asyik pem4rah dengan isteri. Berbanding sebelum ini, watak ada yang bercampur. Tetapi, untuk karakter kali ini sepanjang masa serius,” katanya.

Kamal sebelum ini sinonim dengan watak lelaki bercinta dan diselitkan elemen komedi.

KAMAL tidak mahu mempersiakan masa dengan fasa bercinta namun kesudahannya hampa.

“Apapun saya okey, kerana orang memang suka. Saya pun tak sangka peminat boleh terima, dan karya PTD ini disukai kerana banyak elemen termasuk agama.

“Orang nak ambil tahu cerita selanjutnya dan buktinya dapat dilihat menerusi komen di Instagram setiap kali saya muat naik teaser cerita ini.

“Ia adaptasi daripada novel Perempuan Tanpa D0sa, karya Fatnilam Sari Ahmad yang diterbitkan pada 2000, tapi dibuat sedikit perubahan,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama Black untuk siri asal Viu Malaysia.

Kamal yang membintangi filem Escape juga berkata, dia masih menunggu tarikh tayangan Apapun, ujarnya dia selesa tidak terikat dengan Michael dan tidak kisah bekerja dengan mana-mana pengarah dan produksi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : HM

Be the first to comment on "Tak mahu buang masa bercinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*