“Majlis Kahwin Tidak Dibenarkan Tapi…” – Datuk Seri Ismail Sabri Perjelas KekeIiruan SOP

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengegaskan sebarang majlis sosial termasuk majlis perkahwinan masih tidak boleh dianjurkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi sidang media yang berlangsung semalam, Ismail berkata, prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPB masih berkuatkuasa seperti yang diumumkan kerajaan.

“SOP kita masih sama di tempat lain iaitu setiap majlis perayaan atau majlis sosial tak dibenarkan.

“Majlis perkahwinan, sambutan hari jadi yang besar-besar ni masih tak benarkan. 

“Setakat hari ini statusnya sama tak ada kebenaran di dewan atau di rumah terutamanya,” katanya.

Tambah Ismail, SOP yang lebih terperinci akan diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama hari ini (Selasa).

“Menteri Hal Ehwal Agama akan bentangkan SOP tentang pernikahan, bukan majlis kahwin. Itu pun saya tak pasti sama ada nikah akan dibuat di rumah atau pejabat agama saja.

“Kalau agama lain, mereka mendaftar di pusat pendaftaran agama mereka. 

“Tapi untuk akad nikah pasangan Islam, SOP sama ada di rumah atau pejabat agama, esok akan dibentangkan menteri.

“Tapi ia hanya SOP tentang pernikahan bukan majlis perkahwinan besar-besaran yang melibatkan jumlah ramai. 

“Seperti yang kita bincang tempoh hari, pernikahan dibenarkanlah. Nikah tak perlu upacara ramai,” katanya lagi.

Untuk rekod, kerajaan pada Sabtu lalu mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri di semenanjung selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

Hanya tiga negeri tidak terlibat dengan PKPB berkenaan iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“Majlis Kahwin Tidak Dibenarkan Tapi…” – Datuk Seri Ismail Sabri Perjelas KekeIiruan SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*