Pengikut Instagram naik 300,000, Wafariena reda ‘Nurul Ain’ lagi popular – “Alhamdulillah ramai yang mula nampak bakat saya”

MERAIH populariti menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, pelakon baharu Wafariena Roslan berkata nama watak Nurul Ain sudah sebati dengannya sehingga menjadi panggilan peminat.

Meskipun drama itu sudah berakhir kira-kira dua bulan lalu, Wafariena, 25, berkata sehingga kini masih ramai yang memanggilnya dengan nama itu.

“Drama itu memang memberi kes4n terhadap karier lakonan saya dan sampai sekarang orang panggil saya Nurul Ain, dekat luar pun orang panggil nama itu.

“Ada satu kejadian baru-baru ini, seorang makcik tanya saya, saya ini peramp4s ke? Jadi saya kena terangkan semula beritahu itu lakonan sahaja, dekat luar saya bukan Nurul Ain tetapi Wafariena.

“Tapi sejujurnya saya tak kisah pun orang panggil dengan nama itu kerana memang mereka kenal saya daripada watak berkenaan. Tak adalah sampai nak mar4h, saya okay sahaja!” katanya.

Ramai orang masih memanggil Wafariena sebagai Nurul Ain.

Wafariena ditemui semasa sesi pengenalan drama Baby Tak G1la yang diadakan di pejabat urusan Pencil Pictures dan Records di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu, watak Nurul Ain diwujudkan sebagai per0sak rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya).

Menyedari kehidupan sebagai selebriti tidak boleh lari daripada kec4man netizen, Wafariena berkata dia lebih selesa mengabaikan sebarang bentuk komen negat1f yang ditulis di media sosial miliknya.

“Gara-gara drama itu, pengikut di Instagram naik lebih 300,000. Alhamdulillah ramai yang mula nampak bakat saya… kebanyakan yang follow itu orang yang kec4m saya kerana watak Nurul Ain!

“Tapi saya tak kisah pun mereka nak kec4m atau apa… saya anggap mereka adalah penyokong saya kerana ini membuktikan watak yang saya bawa itu berjaya.

Selain berlakon, Wafariena juga merupakan seorang penyanyi.

“Kalau yang kec4m kerana hal peribadi sekalipun saya tak balas atau jawab, saya lebih selesa abaikan sahaja. Bukan bermaksud somb0ng tapi memang sejak dulu bukan perangai saya nak berIawan di media sosial,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wafariena merupakan salah seorang daripada 24 penyanyi amatur yang mengambil bahagian dalam rancangan Vokal Mania yang bersiaran setiap 9 malam, Sabtu.

Sebelum dikenali menerusi watak Nurul dalam drama tersebut, Wafariena sebenarnya mempunyai single berjudul Nafas Cinta dan Carilah Aku.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Pengikut Instagram naik 300,000, Wafariena reda ‘Nurul Ain’ lagi popular – “Alhamdulillah ramai yang mula nampak bakat saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*