Asyik Merakam, Lelaki ‘Dilibas’ Oleh Sotong Kurita

MALANG tidak berbau!

Seorang lelaki yang sedang merakam gelagat seekor sotong kurita secara tiba-tiba ‘diserang’ oleh haiwan laut berkenaan.

Sewaktu kejadian, Lance Karlson yang juga seorang ahli geologi bercuti bersama keluargnya di sebuah resort di Geographe Bay, Australia.

Dia kemudian ternampak seekor sotong kurita ketika berjalan di pesisir pantai.

Lance, 34, segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula merakam gelagat haiwan laut berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lance Karlson • Author (@lancekarlson)

Klip video yang dimuat naik pada 19 Mac lalu menunjukkan haiwan tersebut menghampiri Lance.

Haiwan itu kemudian berhenti dan secara tiba-tiba melibas sesungutnya ke arah Lance membuatkan lelaki itu segera melarikan diri.

Libasan itu mengenai leher, lengan dan bahagian belakang badannya.

Lance turut memuat naik gambar lehernya yang kemerah-merahan akibat terkena libasan haiwan laut berkenaan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Asyik Merakam, Lelaki ‘Dilibas’ Oleh Sotong Kurita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*