‘Raparaparapa’ Bawa Tuah, Lonjakkan Populariti Issam Alnajjar Di Seluruh Dunia

SIAPA menyangka hanya kerana sepotong lirik ‘Raparaparapa’ dalam lagu nyanyiannya, penyanyi remaja berasal dari Jordon iaitu Issam Alnajjar mencipta populariti seluruh dunia.

Lagu berjudul Hadal Ahbek merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi berusia 17 tahun itu membawa maksud Aku Akan Terus Mencintaimu menjadi viral selepas dia memuat naik bahagian lirik tersebut di akaun Instagram miliknya pada September tahun lalu.

Biarpun didendangkan sepenuhnya dalam bahasa Arab, namun lagu tersebut berjaya memikat hati ramai pendengar dari seluruh dunia.

“Saya sedang cuba menghadam semua ini, otak saya masih lagi belum boleh menerima kegilaan masyarakat tentang lagu tersebut.

“Bayangkan dalam usia remaja dan berasal dari Jordan… lagu nyanyian saya menjadi trending di seluruh dunia.

“Benarlah orang kata tiada yang mustahil untuk dicapai jika kita memiliki cita-cita,” katanya.

 

Lagu nyanyian Issam Alnajjar menjadi siulan pengguna TikTok.

 

Ia turut dibuktikan menerusi kejayaan lagu itu mendaki carta teratas lagu-lagu di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Malaysia dan India.

Lagu tersebut berjaya mengatasi penyanyi popular antarabangsa lain apabila menerima perkongsian lebih tinggi berbanding lagu nyanyian Justin Bieber dan The Weeknd.

Malah, video muzik persembahannya secara live yang dimuat naik sendiri penyanyi itu di saluran YouTube sudah mencecah 60 juta tontonan dalam tempoh lima bulan.

Hadal Ahbek boleh didengari di semua platform digital manakala muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Issam Alnajjar.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : mstar

Be the first to comment on "‘Raparaparapa’ Bawa Tuah, Lonjakkan Populariti Issam Alnajjar Di Seluruh Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*