‘Youtuber’ Habiskan 50 Jam Di Dalam Keranda, Semuanya Demi ‘Subscribers’

Beranikah anda untuk duduk di dalam keranda yang kemudiannya akan ditanam di dalam tanah?

Itulah kerja ‘gila’ yang dilakukan oleh seorang YouTuber terkenal, MrBeast apabila lelaki ini menghabiskan masa berseorangan selama 50 jam di dalam sebuah keranda.

 

Lebih mengagumkan, MrBeast atau nama sebenarnya, Jimmy Donaldson rela keranda terbabit ditanam di dalam tanah selama tempoh lebih dua hari tersebut. Semuanya dilakukan untuk menghiburkan 57.9 juta subscribers (ketika artikel ini ditulis) di YouTube.

Anda boleh tonton video penuh MrBeast di bawah:

Setakat artikel ini ditulis, video viral berdurasi 12 minit itu sudah mendapat 58 juta tontonan dan 3.2 juta tanda suka.

 

Menerusi video terbabit, Donaldson dilihat masuk ke dalam keranda. Dia dibekalkan dengan makanan, minuman, bantal dan selimut untuk kegunaannya sepanjang 50 jam ditanam di dalam tanah.

Selain itu, di dalam keranda Donaldson juga ada dilengkapi beberapa kamera pengawasan yang diperhatikan rakan-rakannya dari atas tanah. Malah, YouTuber itu juga diberikan walkie-talkie untuk berhubung.

Bagi menunjukkan betapa serius cabaran itu, rakan YouTuber terbabit meletakkan batu nisan berukir MrBeast di atas ‘pusara’ Donaldson.

Untuk pengetahuan anda, dalam video terbabit, rakan Donaldson ada menerangkan bagaimana YouTuber itu bernafas di dalam keranda. Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga, medic juga sudah bersiap-sedia di lokasi untuk membantu.

 

Kira-kira 24 jam ditanam di dalam tanah, Donaldson mula mengadu bahagian belakang badannya sakit, dia berasa sangat bosan dan bau di dalam keranda itu agak kurang menyenangkan. Malah, lelaki itu juga mengaku dia berasa claustrophobic disebabkan ruang keranda yang sempit.

Pun begitu, Donaldson berjaya duduk di dalam keranda berkenaan selama 50 jam.

Meninjau di ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen memberi pujian atas usaha dan keberanian Donaldson untuk menghiburkan subscribersnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : lobakmerah

Be the first to comment on "‘Youtuber’ Habiskan 50 Jam Di Dalam Keranda, Semuanya Demi ‘Subscribers’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*