Terlalu Penat Sampai Terlelap, Ibu ‘Struggle’ Terpaksa Tanggung Rugi Peniagaan Sejak Pandemik

 

Foto: Tangkap layar video

Tidak dinafikan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun yang lalu, ramai individu yang terkesan dan hilang punca pendapatan. Bahkan, terdapat banyak peniaga yang terpaksa ‘gulung tikar’ berikutan tidak dapat lagi menampung kos-kos sampingan, ditambah pula bilangan pelanggan yang semakin berkurangan.

 

Seperti video yang dikongsi seorang lelaki di laman TikTok, dikenali sebagai Darwish, tampil menceritakan kisah ibunya yang merupakan seorang peniaga kedai makan. Ibunya terpaksa menanggung kos kerugian yang tinggi dan turut kehilangan punca pendapatan.

Foto: Tangkap layar video

 

Jelas lelaki ini, ibunya telah hilang punca pendapatan sepanjang pelaksanaan PKP dan perkara tersebut berlarutan sehingga sekarang. Apa yang lebih menyedihkan, apabila ibunya ‘terpaksa’ membuat semua kerja-kerja berseorangan kerana tidak ada lagi sebarang pekerja. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat pelbagai jenis lauk-pauk yang telah dimasak oleh ibunya namun, jika dilihat restoran tersebut agak lengang dah sunyi daripada kunjungan pelanggan.

 

Ramai Work From Home (WHO) dan punca pendapatan terjejas sehingga 70%. Selama 3 bulan awal 2020 kedai mak aku tak meniaga disebabkan pandemik.

Sedikit pun tak dapat pengurangan pembayaran sewa, walaupun dah nyatakan alasan tidak dapat berniaga sepanjang tempoh berkenaan. Sekarang owner, upah peguam untuk kami bayar sewa dengan kadar segera, atau tindakan segera bakal diambil. Jumlahnya RM3,500-RM10,500.

 

Ujarnya lagi, dia sebelum ini pernah memohon bantuan daripada pihak berkenaan, namun permohonannya itu sama sekali tidak diluluskan. Pada masa yang sama, dia turut mendoakan supaya perniagaan ibunya kembali pulih seperti sedia kala.

@double_ff

kalau korang kt tempat aku ape yang korang buat?

♬ bunyi asal – Lukeydarwish

 

Sumber: Darwish

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : ohbulan

Be the first to comment on "Terlalu Penat Sampai Terlelap, Ibu ‘Struggle’ Terpaksa Tanggung Rugi Peniagaan Sejak Pandemik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*