Tindakan Individu Pasang ‘Diffuser’ Di Restoran Undang TEGURAN Netizen

 

Bayangkan ketika anda berada di restoran, tiba-tiba ada pengunjung yang turut makan bersama mengeluarkan alat mengeluarkan asap minyak pati tumbuhan (diffuser).

Bukan itu sahaja, individu tersebut telah memakai palam lebih dari satu menyebabkan orang lain tidak dapat menggunakan kemudahan berkenaan.

Jadi, apa yang anda akan lakukan?

Foto: Twitter

 

Kejadian dialami oleh pengguna Twitter ini menjelaskan masih ada individu mementingkan diri sendiri. Tanpa rasa bersalah menggunakan tiga palam (plug) termasuk satu untuk menghidupkan diffuser adalah tindakan yang tidak wajar.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengkritik tindakan lelaki terbabit yang hanya merakamkan kejadian tersebut. Nasihat mereka, dia sepatutnya bertanya kepada pasangan itu untuk menggunakan palam dan bukannya mengadu di media sosial.

Foto: Twitter

 

Timbul juga persoalan, adakah ianya tidak berbahaya kepada pengunjung lain, kanak-kanak misalnya?

“Ada setengah EO bahaya untuk budak bawah 2 – 10 years old.. So kena research atau minta agent terangkan mana sesuai mana tidak untuk kegunaan kanak kanak. Even dia kata natural, but plant ada composition dia yang boleh memudaratkan. Follow Che Putih Osman, Dr Chemistry.”

Foto: Twitter

 

Dalam situasi begini, wajarkah individu tersebut meminta sahaja hak memakai palam, atau merengek di media sosial? Dan betul ke sekarang ramai sudah tiada ‘common sense’?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : CARI

 

 

Be the first to comment on "Tindakan Individu Pasang ‘Diffuser’ Di Restoran Undang TEGURAN Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*