“Ber4ngan Nak Jadi Lofa..” Al4s Meja Jiran Jadi ‘Veil’

Terlalu meminati Neelofa membuat seorang wanita sanggup meminjam alas meja jiran untuk dijadikan veil bagi meniru gaya dan imej artis kegemarannya itu.

Pemilik akaun TikTok Nadia,31, memuat naik sebuah video yang memaparkan bagaimana dia meniru pemakaian dan solekan Neelofa ketika majlis pernikahan artis tersebut.

“Saya memang peminat tegar Neelofa. Harap dia pun akan perasan la kalau saya buat solekan look tu”

“Orang dekat Facebook memang dah tahu saya gelarkan diri saya Neeloya,” katanya ketika dihubungi.

 

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia tidak menyangka video tersebut akan mendapat hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

“Saya cuba untuk recreate semula look tersebut daripada makeup sehinggalah ke baju.

“Tak nak menggunakan bajet yang banyak, saya pakai je baju nikah saya dan pinjam alas meja dari jiran. Sebab saya tahu dia ada banyak koleksi kain jenis kait,” katanya yang merupakan ibu kepada dua anak.

Tambahnya Nadia, dia sememangnya mempunyai hubungan baik dengan jiran sebelah rumahnya, Nor Sharmiza, 34.

Jesteru, tidak hairanlah Nor Sharmiza dengan murah hati menolong Nadia mencari alas meja yang sesuai untuk digunakan dalam rakaman video.

Nadia sebelum ini merupakan seorang jurusolek. Dia juga menghadiri kelas dan menonton video di Youtube untuk menambah lagi ilmu persolekan

Namun selepas berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang berumur setahun lebih dan lima tahun, dia tidak lagi menyediakan perkhidmatan tersebut.

Kini Nadia merupakan pengasas scrub muka yang diperbuat dari kelapa dan menjual produknya secara online sejak tiga tahun lalu.

 

Sumber : cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/08/ber4ngan-nak-jadi-lofa-akhlrnya-al4s-meja-jiran-jadi-veil/

Be the first to comment on "“Ber4ngan Nak Jadi Lofa..” Al4s Meja Jiran Jadi ‘Veil’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*