“Malu Sendiri Nak S3ksi” – Abby Abadi

Pelakon, Abby Abadi ada berkongsi beberapa kaedah bagaimana dia mendidik anak-anak peremuannya untuk sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan mengenai aspek penjagaan aurat.

“Didikan awal. Kenalkan anak perempuan kita dengan ALLAH sejak bayi lagi. Ada yang tanya pada saya macam mana saya didik anak-anak boleh bertudung/menutup aurat seawal usia.

“Serba sedikit yang saya boleh kongsikan, jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai Umat ISLAM perkenalkan ALLAH kepada anak kita seawal baby lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby turut menasihati para ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan cara pemakaian yang sopan agar perkara tersebut menjadi kebiasaan

“Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri untuk berpakaian seksi.

“Menutup aurat /Bertudung boleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah tapi jangan terlalu memaksa,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, Allah akan sentiasa permudahkan jalan sekiranya para ibu bapa tidak berhenti berusaha untuk memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak mereka

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa syukur selain turut berterima kasih buat Abby diatas perkongsian tersebut.

Komen lain :

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber: Media Hiburan

Be the first to comment on "“Malu Sendiri Nak S3ksi” – Abby Abadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*