Kandungan Syatilla Gugur Buat Kali Ketiga

“Sebenarnya saya baru tahu hamil tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga.”

Syatilla Melvin memaklumkan dia mengalami keguguran ketika kandungan berusia lapan minggu, kelmarin.

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin itu berkata, dia mengetahui berita sedih itu ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik.

Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam, doktor sahkan yang kandungan saya terbantut.

“Jika diikutkan semalam (kelmarin), saya dan suami, Shaheizy Sam nak tengok degupan jantung anak kami, tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan,” katanya.

Sedih tiada rezeki menimang cahaya mata ketiga, Syatilla bagaimanapun berkata, dia dan Sam reda dengan ketentuan Ilahi.

Kredit foto: IG Syatilla

“Apabila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap, tapi dia terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya.

“Sebenarnya, ini kali ketiga saya keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri. Kalau tidak saya perlu lalui proses mencuci rahim,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Kandungan Syatilla Gugur Buat Kali Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*