“Tak Kisahlah Normal Atau Pembedhan…”- Nad Zainal Minta Jangan Bandingkan Cara Bersalin

Pelakon Nad Zainal meminta supaya jangan ada perbandingan mengenai cara proses bersalin setiap ibu.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, nikmat dan sakit bersalin itu tetap sama.

“Pertama sekali tak kisahlah ibu melahirkan secara normal mahupun pembedahan, tak perlulah dibanding-bandingkan, kerana semua melalui nikmat dan sa.kit yang sama,” katanya.

Nad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pelakon Kami Histeria itu baru sahaja melahirkan anak keduanya, Budi Kalsom pada 30 Mac lalu.

Dalam pada itu, Nad yang baru pertama kali melahirkan anak secara pembed.ahan berkongsi pengalaman berpantangnya.

“Masa berpantang pula, ada beza, yang normal boleh tangas, yang pemb.edahan tidak… yang normal 1st day pantang dah boleh berbengkung, yang pem.bedahan kalau boleh tunggu luka kering.

“Tapi….kalau bertungku, haaaa boleh!! Cuma, area perut tak boleh… tapi selalunya after czer selalu lenguh pinggang tau mommies!,” kongsinya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang bersetuju dengan pendapat Nad.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Tak Kisahlah Normal Atau Pembedhan…”- Nad Zainal Minta Jangan Bandingkan Cara Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*