Gaji Kena Potong Lebih RM2 Ribu Sebab Habiskan Masa 2 Jam Sehari Di Tandas

 Seorang lelaki mencetuskan kontroversi di media sosial apabila mengeluh gajinya dipotong kerana menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas pada waktu bekerja, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.

Pekerja hanya dikenali sebagai Encik A itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya di laman Facebook. Majikan Encik A pada bulan lalu memotong gajinya selepas dia menghabiskan masa selama 49.5 jam atau 2 jam sehari di tandas.

Namun, dia berang kerana majikannya tidak memaklumkan bahawa menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas boleh menyebabkan gajinya dipotong.

Foto: Pixabay

Lelaki itu memuat naik keluhannya di kumpulan Facebook Blame 2 Commune. Dia juga meminta nasihat ahli-ahli lain tentang kesnya.

Menurutnya, dia berkerja 22 hari atau bersamaan 195 jam dengan bayaran sebanyak 106 yuan sejam (RM101).

Namun, selepas menerima gajinya, Encik A menyedari sebanyak 4,400 yuan (RM2,779) telah dipotong.

Dia diberitahu bahawa rakaman televisyen tertutup (CCTV) mendapati dia menghabiskan masa 50 jam di tandas manakala majikannya hanya membenarkan penggunaan tandas selama satu jam sehari.

“Ya, saya berada di dalam tandas untuk masa yang lama, namun itu tidak bermakna gaji saya boleh dipotong begitu sahaja?” kata Encik A sambil menambah, dan syarikat turut mengugut memecatnya jika dia enggan membiarkan sahaja kes pemotongan gajinya itu. 

Sumber: Kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : CARI.my

 

 

Be the first to comment on "Gaji Kena Potong Lebih RM2 Ribu Sebab Habiskan Masa 2 Jam Sehari Di Tandas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*