Tolak Buat Reviu Game Judi – “Kau Tak Pakai Tudung Tu Tak Dosa Pula?”

Nama remaja ini meledak menerusi TikTok pada tahun lalu sehingga dia memiliki 1.1 juta pengikut di aplikasi itu.

Kredit foto: IG Nurin

Malah, kisah Nurin Lofa Adriana Kirana, 17, yang menjana pendapatan menerusi reviu di TikTok dan Instagram sehingga mampu membeli kereta mewah pernah mendapat liputan mStar pada Februari lalu.

Terbaharu, dia yang mesra disapa Nurin meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mendekatinya dengan memberi tawaran untuk melakukan reviu dalam bentuk video untuk tujuan promosi permainan judi dalam talian.

@the.nurinlofa

 

♬ Be A Clown – ָ࣪ ۰♥︎ Osuna ࣪𖥔꒷

“Dia suruh saya buat reviu judi online. Secara baik-baik saya cakap terus terang, saya memang tak terima reviu seperti itu.

“Dia tak boleh terima saya tolak tawaran itu. Dia kata, kau tak pakai tudung tu tak dosa pula?” imbas Nurin ketika dihubungi mStar.

Tanpa berfikir panjang, Nurin terus menyekat akaun individu itu kerana enggan perbualan tersebut berlanjutan.

Menurut Nurin, ini bukanlah kali pertama dia menerima tawaran kerja yang bertentangan dengan prinsip dirinya, namun terkilan apabila keputusan dia menolak tawaran tidak diterima pihak berkenaan.

“Ada juga yang minta saya reviu bengkung. Saya memang tak ambil tawaran itu sebab tak nak pamer bentuk badan apabila memakainya.

“Kadang-kadang ada yang dah hantar barang dan mereka paksa saya pakai, jadi saya terpaksa refund balik,” ujarnya.

Tambah Nurin, dia juga tak sanggup menerima tawaran kerja sedemikian kerana memikirkan soal keberkatan rezeki.

“Kita kena fikir, halal ke duit yang kita terima. Tak sampai hati nak bagi kepada keluarga,” ujarnya.

Bercerita mengenai bulan Ramadan, Nurin mendedahkan dia gemar menjamu hidangan sardin sejak dulu lagi.

“Saya dari kecil suka makan sardin. Dulu kami susah, tak mampu beli ayam. Jadi mak saya beli sardin.

“Sampai sekarang saya suka, ia dah jadi kegemaran,” ujarnya berseloroh.

Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh sehingga mampu membeli Toyota Velfire pada awal tahun ini, Nurin kini merancang untuk membeli tanah sebelum mendirikan rumah buat keluarganya.

Sumber: mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Tolak Buat Reviu Game Judi – “Kau Tak Pakai Tudung Tu Tak Dosa Pula?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*