Bertuah, Lelaki Pesan Buah Epal, Tapi Dapat ‘Smartphone’ Apple

Apabila membeli secara atas talian, pembeli berhadapan risiko menerima barang yang tidak sama seperti diiklankan.

Berbeza pula dengan lelaki dari Twickenham, Amerika Syarikat ini, Nick James, 50, bukan sahaja menerima pesanannya yang berupa satu beg buah epal, tetapi juga sebuah Apple iPhone SE.

Gambar: Mirror

James hanya memesan satu beg epal dari pasaraya Tesco Extra tempatan secara atas talian. Menyangka ia adalah sebuah ‘prank’, James mengaku sedikit terkejut apabila mendapati sebuah iPhone SE ada di dalam bungkusannya.

James merupakan salah satu pelanggan bertuah yang dipilih secara rawak oleh Tesco untuk promosi Super Subtitute yang sedang dijalankan syarikat rangkaian pasaraya terkemuka itu.

Gambar: Mirror

Pelanggan bertuah berpeluang mendapat pelbagai barangan elektronik seperti iPhone, Airpods, dan Samsung. Pelanggan dipilih secara rawak dan James adalah salah satu di antaranya.

James berkata kepada Mirror, anak lelakinya pasti gembira dengan hadiah yang diperolehinya ini.

Lain pula ceritanya dengan, Liu, wanita asal China ini. Liu hanya mendapat minuman yogurt berperisa epal dalam bungkusan yang sepatutnya berisi iPhone 12 Pro Max yang dipesannya.

Liu mengaku telah memesan iPhone 12 Pro Max bernilai $1500 secara atas talian. Apabila membuka bungkusannya, Liu terkejut kerana isi bungkusan itu bukanlah iPhone 12 Pro Max, tetapi sebotol minuman yogurt berperisa epal.

Sumber: News 18, Mirror

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : https://siakapkeli.my/2021/04/16/bertuah-lelaki-order-buah-epal-tapi-yang-sampai-iphone-se

Be the first to comment on "Bertuah, Lelaki Pesan Buah Epal, Tapi Dapat ‘Smartphone’ Apple"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*