“Naik Kereta 3 Jam Ke Sempadan,” Nenek Dari Thailand Seb4k L4mbai Cicit Dari Jauh

Sejak pandemik kembali menular dalam negara, sebarang aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali jika tiada sebarang urusan penting yang melibatkan pekerjaan, kematian atau kecemasan.

Namun, disebabkan terlalu rindu dan sudah lama tidak bersua, ada beberapa kisah orang awam yang mengambil keputusan untuk bersua muka dengan ahli keluarga di sempadan negeri.

Jika sebelum ini tular satu kisah satu keluarga yang bertemu di sempadan negeri Kedah-Perlis, kali ini, satu lagi perkongsian yang turut mengharukan apabila ahli keluarga hanya dapat melihat di sempadan Malaysia-Thailand menerusi Golok.

Dalam muat naik yang dilakukan oleh akuan TikTok bernama @shila_ss, dia telah berkongsi momen dimana neneknya sanggup menaiki kereta selama tiga jam dari Pattani ke sempadan Golok-Malaysia hanya untuk melihat cicitnya dari jauh.

Dalam video itu juga @shila_ss memaklumkan mereka sudah hampir dua tahun tidak bertemu dengan keluarga di Thailand memandangkan perintah kawalan pergerakkan yang berlangsung.

Jika tidak, sebelum berlakunya pandemik, setiap dua minggu sekali mereka pasti akan berkumpul bersama.

Diakhir video itu juga, dapat dilihat anaknya yang berusia hampir dua tahun begitu teruja apabila melambai-lambai moyangnya dari seberang sungai walaupun tidak dapat hadir dekat untuk berjumpa dengan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen diruangan TikTok @Shila_ss dengan mengakui turut merasai perkara tersebut.

Mereka juga meluahkan rasa rindu terhadap orang tua yang terpisah hampir dua tahun sejak pandemik mulai menular di seluruh dunia.

@shaqif.daniel

😔😔😔😔😔

♬ bunyi asal – Shila_ss

 

Sumber: @Shila_ss

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : motifviral

Be the first to comment on "“Naik Kereta 3 Jam Ke Sempadan,” Nenek Dari Thailand Seb4k L4mbai Cicit Dari Jauh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*