“Antara Dua Darjat” – Petugas Kesihatan Luah Rasa Kec3wa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’

Isu layanan double standard ini mula menjadi bualan rakyat Malaysia apabila komp4un atau hukum4n bagi mereka yang mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) dilihat tidak sama bagi semua golongan. Ditambah dengan kes pel4nggaran SOP bagi majlis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail yang masih belum selesai, dan juga pelajar kolej yang terus dikenakan komp4un tanpa adakan sias4tan, maka ramai membangkitkan kemar4han terhadap pihak berkuasa yang seolah-olah memilih dalam menjalankan tanggungjawab.

Semua kemar4han ini bukan sahaja diluahkan oleh rakyat biasa, malahan barisan petugas hadapan juga memberi pendapat yang sama. Menerusi ciapan oleh seorang petugas kesihatan, beliau yang dikenali sebagai Dr. Rafidah Abdullah, meluahkan rasa kec3wa dengan layanan double standard terhadap golongan ‘kayangan’. 

Dalam ciapan tersebut, Rafidah menyatakan beliau berasa hairan dengan sesetengah golongan ‘kayangan’ yang mel4nggar SOP secara terang-terangan tanpa segan silu. 

“Saya pelik betul, anda tanpa seg4n silu melakukan aktiviti l4nggar SOP terang-terangan. Tidak mengapalah, mungkin begitulah per4ngai dan cara kehidupan,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Menurutnya lagi, dia tidak mar4h tetapi kec3wa apabila melihat kes COV1D-19 dalam negara semakin meningkat saban hari. Walaupun petugas-petugas kesihatan sudah div4ksin, namun mereka tetap boleh merisik0kan ahli keluarga terdekat. 

“Kami mungkin selamat daripada mengalami komplikasi bila dij4ngkiti, tapi ahli keluarga kami semestinya tidak!” ujarnya.

Kata Rafidah, dia tidak menyalahkan masyarakat, tetapi sed!h menyaksikan perbezaan layanan dua darjat. Selain itu, beliau turut menyatakan beliau pasrah, dan yakin rakan-rakan petugas kesihatan yang lain juga turut merasakan hal yang sama. 

Sumber daripada: Twitter

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber :Kool Fm

Be the first to comment on "“Antara Dua Darjat” – Petugas Kesihatan Luah Rasa Kec3wa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*