“Saya Tak Setuju Mereka Bersama” – Ramai Sepakat ‘Kenenkan’ BCL Dan Ariel, Namun Ada Yang Tak Bersetuju Sebab…

Penyanyi terkenal Indonesia dan juga di Malaysia ini, Bunga Citra Lestari (BCL) baru sahaja selesai membuat rakaman lagu baharu bersama dengan Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Irham, 40 tahun. Semua sedia maklum mengenai kisah pemergian suami tercinta BCL, iaitu Ashraf Sinclair pada awal tahun 2020. Bagaimanapun, menerusi perkongsian video acah lagu baharunya bersama Ariel, ramai yang cuba untuk ‘kenenkan’ mereka berdua.

Sudah tentu yang cuba menyatukan mereka berdua adalah wargamaya di Indonesia, yang rata-rata merasakan BCL dan Ariel secocok bersama. Mungkin juga disebabkan muzik video baharu itu, menampakkan mereka sebagai pasangan yang serasi. Ada juga yang minta Ariel untuk segera mendapatkan BCL.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Bagaimanapun, bukan semua merasakan perkara yang sama di mana salah seorang wargamaya di ruangan komen menyatakan dia tidak bersetuju jika BCL dan Ariel mempunyai hubungan istimewa.

“Jujur saya tak setuju kalau BCL ada hubungan Istimewa dengan Ariel. Bukan sebab tak suka dengan Ariel, cuma kesian dengan mendiang kalau BCL ada apa-apa sama Ariel,” kata wargamaya tersebut menyuarakan pendapatnya. 

Namun, ramai juga yang membalas komen tersebut dengan menyatakan itu soal jodoh masing-masing. Tapi yang pasti, gandingan BCL dan Ariel tentulah hanya untuk rakaman karya terbaharu mereka. Sama ada bersetuju ataupun tidak, kita sama-sama doakan yang terbaik buat BCL. 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : koolfm

Be the first to comment on "“Saya Tak Setuju Mereka Bersama” – Ramai Sepakat ‘Kenenkan’ BCL Dan Ariel, Namun Ada Yang Tak Bersetuju Sebab…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*