Amyra Rosli Lega Saharul Ridzwan Dan Izzue Islam Berlakon Babak Romantis Tanpa Bersentuhan

“Saya betul-betul menghormati Saharul dan Izzue kerana sangat menjaga batas.”

Pelakon, Amyra Rosli menjelaskan imejnya yang kini bertudung tidak pernah membataskan dirinya untuk terus berlakon, namun biarlah menepati syarat-syarat tertentu.

Mengakui suaminya, Amar Bahrin mengizinkan jika perlu melakonkan aksi bersentuhan namun harus berlapik ketika bersama dengan pelakon lelaki.

“Suami beri keizinan tetapi mestilah berlapik. Bukan babak bersentuhan bersama hero sahaja tetapi macam dengan watak seperti bersalaman antara ahli keluarga, bapa dan sebagainya.”

Foto : ig

 

Menurut Amyra lagi, dia turut bersyukur dipertemukan dengan dua pelakon lelaki yang sangat menjaga batas iaitu Saharul Ridzwan dan Izzue Islam, seperti yang dilaporkan oleh portal Xtra.

 

“Saya betul betul menghormati Saharul dan Izzue kerana mereka berdua sangat menjaga batas dan mengajar saya teknik tertentu untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan.”

 

Mereka bertiga dan seorang lagi pelakon wanita, Puteri Sarah akan muncul dalam drama bersiaran pada minggu hadapan.

Foto : IG

 

Jadi, sama-sama kita nantikan gandingan romantis tanpa perlu bersentuhan ini. Bagus juga kan? Anda rasa?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : CARI

 

Be the first to comment on "Amyra Rosli Lega Saharul Ridzwan Dan Izzue Islam Berlakon Babak Romantis Tanpa Bersentuhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*