Wanita Dakwa Dengar Suara ‘Mengilai’ Ketika Bangun Sahur

LEBIH 10 hari umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa, pelbagai kisah dan ragam turut dikongsi di media sosial.

Grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni turut ‘meriah’ dengan pelbagai posting oleh netizen yang berkongsi pengalaman mereka.

 

Masak nasi dengan kain buruk

Antara posting terbaharu yang mencuri tumpuan, kisah seorang individu yang tersilap memasak nasi dengan kain buruk.

“Aduyai, perut dah seharian berlapar. Sekali buka periuk nasi…. sendu tak terkata.

“Masak nasi dengan kain buruk, kau rasa?” tulis Zicky Pinky menerusi grup Facebook itu.

Posting itu turut dihujani lebih 700 komen netizen yang rata-ratanya tumpang simpati dan dalam masa sama turut terhibur dengan apa yang terjadi.

 

Terpercik minyak panas

Selain itu, posting Yangti Ali menerusi grup sama menceritakan tentang sebahagian lengannya yang cedera akibat terkena minyak panas turut mencuri perhatian netizen.

“Ni bukan masak apa tak jadi tapi tak jadi masak dah,” ujarnya berseloroh.

Dua kisah berbeza ini antara yang mencuri tumpuan netizen di Facebook.

 

Menurut wanita itu lagi, dia cedera akibat tersimbah minyak panas ketika menggoreng ikan.

“Dalam tangis tahan sakit tangan yang sedang mendidih dek mandian minyak panas, ku kuatkan hati siapkan juga lauk tu. Kemudian terus ke klinik,” tulisnya lagi.

Dalam posting sama, dia turut berkongsi foto kecederaan yang dialami.

Netizen di ruangan komen turut mendoakan kesembuhannya dan meminta sesiapa yang rajin ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka agar lebih berhati-hati.

 

Suara kuntilanak ketika sahur?

Satu lagi kisah yang mencuri tumpuan, kisah oleh seorang wanita dikenali sebagai Maria Alana yang mendakwa terdengar suara kuntilanak ketika bersahur.

Kata wanita itu, dia tersedar lewat untuk bersahur sebelum mendengar suara misteri itu di kawasan rumahnya.

 

Skodeng ikut tingkap tak ada juga, dia punya mengilai bukan main lagi.

MARIA ALANA

 

“Sudahlah terlajak nak masak sahur pagi, biasa bangun pukul 4 pagi, hari ni pukul 5:12 pagi

“Dah macam lipas kudung pergi masak nasi atas dapur dengan goreng ikan, Alhamdulillah sempat juga sahur.

“Waktu nak solat Subuh boleh pula ada suara kuntilanak mengilai-ngilai. Sabar je la, semua dah naik seram.

“Eh eh, bulan puasa tak ada kuntilanak, rasa nak hempok aje… skodeng ikut tingkap tak ada juga, dia punya mengilai bukan main lagi.

Posting Maria Alana mengenai kisah suara misteri itu turut dihujani pelbagai komen netizen.

 

“Lantaklah, solat juga, habis je solat terus diam,” tulis wanita itu panjang lebar.

Netizen di ruangan komen turut membuat pelbagai spekulasi.

Malah, ada yang berjenaka dan membuat andaian bahawa suara misteri itu merupakan bunyi jam loceng mahupun nada dering jiran sebelah rumah.

Selain itu, ada juga yang membuat andaian bahawa ia merupakan suara haiwan seperti kucing, musang mahupun burung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Wanita Dakwa Dengar Suara ‘Mengilai’ Ketika Bangun Sahur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*