Kecantikan Gadis Orang Asli Suku Temuan Tarik Perhatian Netizen

 

Seremban: “Memang benar saya anak Orang Asli dari suku Temuan dan berasal dari Kampung Behiloi, di sini. Kami memuat naik video diaplikasi Tik Tok bagi mempromosi suku kaum Temuan,” ujar Kartiana Aziz, 22.

 

Video berkenaan tular sejak Isnin lalu apabila ramai nitizen menyangka mereka adalah gadis Filipina, kacukan Cina atau Sabah susulan raut wajah yang jelita.

Kartiana berkata, netizen biasanya mempunyai pandangan hampir sama iaitu golongan Orang Asli biasanya berkulit sawo matang atau gelap.

“Tidak sangka video yang dimuat naik bersama tiga sepupu itu tular di media sosial sehingga ada individu yang mahu berkenalan dengan saya dan sepupu,” katanya.

 

Menurutnya, dia bersama sepupunya membuka akaun Tik Tok sejak enam bulan lalu bagi mempromosikan budaya serta adat masyarakat suku Temuan.

Kartiana berkata video yang dimuat naik itu dibuat secara spontan apabila dia bertemu dengan tiga lagi sepupunya iaitu Adrieana Roland, 16, Klarq Alek, 22 dan Theresa Alek, 25.

“Sebelum ini jika hadir pada majlis keramaian, ramai menyangka kami adalah anak gadis Melayu, cina atau dari Sabah dan Sarawak. Namun selepas diberitahu kami adalah anak Orang Asli, rata-rata terkejut dan tidak percaya.

“Malah sebelum ini ada juga beberapa individu yang mahu berkenalan di media sosial turut terkejut apabila mengetahui saya anak Orang Asli,” katanya yang kini bekerja di sebuah kilang di Seremban.

 

Anak kedua dari dua beradik itu berkata, dia juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan teknologi serta mempunyai akaun media sosial lain seperti Facebook.

Katanya sudah tiba masanya, anak Orang Asli berubah dan bersaing bersama masyarakat lain di negara ini serta tidak malu mengaku sebagai Orang Asli.

“Ada baiknya juga video itu tular kerana ia boleh mengubah pandangan masyarakat lain terhadap anak Orang Asli yang sebelum ini dilabelkan tidak pandai menguruskan diri selain berambut kerinting.

“Ayah juga menyokong dan menggalakkan usaha saya untuk mempromosikan budaya serta kehidupan masyarakat Orang Asli menerusi medium media sosial,” katanya.

 

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Mantin itu mahu menggunakan media sosial bagi membantu masyarakat lain mengenali budaya, makanan, adat dan pakaian Orang Asli terutama dari suku Temuan.

 

Sumber:https://www.hmetro.com.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : Cari

Be the first to comment on "Kecantikan Gadis Orang Asli Suku Temuan Tarik Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*