Tasha Shilla Selamat Mel4hirkan Bayi Lelaki, Tahniah!

Pelakon Tasha Shilla telah mengumumkan bahawa beliau telah selamat mel4hirkan seorang bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsikannya melalui Instagram beliau pada 25 April 2021.

 

Melalui hantaran yang dimuat naik, Tasha memberitahu bahawa bayi lelakinya telah dilahirkan pada hari Sabtu, 24 April 2021.

“بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya mel4hirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.”

 

Pelakon tersebut turut menyatakan penghargaan buat semua pihak yang sudah mendoakan serta terlibat dengan proses beliau mel4hirkan.

 

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa.

Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bers4lin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di h0spital dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much. ❤️”

 

Dalam pada itu, Shilla sempat berkongsi doa bersempena kelahiran yang bermakna buat dirinya dan suami.

“Allahumma-la’ quluba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah.”

Arti lafaz di atas:

“Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya serta hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang layak menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan umat ini melalui mereka.”

 

Kami di Hot FM ingin mengucapkan tahniah kepada Tasha dan suami atas kelahiran bayi lelaki tersebut.

Semoga dengan kelahiran itu dapat menambahkan lagi seri dalam keluarga kecil mereka.

Sumber: Instagram Tasha Shilla

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook My Metro

Sumber : Hot fm

Be the first to comment on "Tasha Shilla Selamat Mel4hirkan Bayi Lelaki, Tahniah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*